Tuesday, December 10, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak libatkan pakar selaras agenda alam sekitar

    KUCHING, 20 OKT – Kerajaan negeri Sarawak bekerjasama dengan beberapa ahli akademik dan profesional untuk membantu dalam membuat dasar baharu perhutanan selaras usaha melestarikan agenda alam sekitar di negeri itu. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pakar terbabit sedang berusaha dan mempertimbangkan pendekatan baharu untuk membangunkan sektor perhutanan di Sarawak.

    “Agenda pembangunan adalah sehingga tahun 2030 merangkumi pembangunan utama ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar. Kami mahu melindungi alam sekitar dan mempunyai polisi perhutanan baharu…dengan harapan kami boleh mendapatkan kredit karbon,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda