Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

S’wak peruntuk RM5 juta wujud taman orkid bagi penyelidikan

KUCHING, 28 JUN – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM5 juta bagi mewujudkan sebuah taman orkid untuk tujuan penyelidikan di Semenggoh dekat sini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata spesies orkid di Borneo agak berbeza daripada spesies yang terdapat di luar negara, justeru ia dilihat sebagai satu daripada biodiversiti yang perlu dikaji kerana keunikannya.

“Taman orkid ini bukan seperti taman orkid biasa, ia akan dilengkapi dengan alat digital bagi membolehkan orkid dianalisis dan dihasilkan dalam jumlah yang banyak dan menjadi penyelidikan ekonomi.

“Orkid boleh dikacukkan dengan spesies orkid lain untuk menghasilkan orkid hibrid yang boleh menghasilkan warna menarik, namun ia perlu dilakukan menerusi penyelidikan tertentu.

“Menerusi penyelidikan, awda boleh menentukan manfaat daripada segi ekonomi untuk mewujudkan taman orkid itu, supaya petani kita mempunyai pilihan untuk menanam orkid selain daripada bertani kerana pasaran orkid adalah global,” katanya. – Bernama

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggunakan kanta khas melihat kualiti pokok pada majlis sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sarawak 2022, kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -