S’wak sekat import, produk khinzir dari Sabah

KUCHING, 22 FEB – Sarawak menghentikan import, daging dan produk khinzir dari Sabah berkuat kuasa serta merta susulan berita melaporkan lapan daripada 13 sampel khinzir dari Pitas, Sabah diuji positif dengan jangkitan virus demam babi Afrika (ASF).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sekatan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) juga akan mengetatkan langkah-langkah keselamatan bio dalam negeri terutama di bahagian Limbang, yang bersempadan dengan Sabah, di samping meningkatkan pengawasan penyakit ASF di seluruh Sarawak. – Bernama