Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    S’wak yakin capai 1.2 Juta pelancong tahun ini

    KUCHING, 1 JULAI – Sarawak akan mencapai sasaran 1.2 juta pelancong akhir tahun ini menerusi pelbagai program yang telah dijadualkan diadakan di negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Beliau berkata berdasarkan kepada statistik ketibaan pelancong ke negeri tu, jumlah itu telah melonjak lebih 680 peratus kepada 439,150 lima bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas dengan lebih ramai dijangka memasuki Sarawak sehingga hujung tahun 2022.

    “Saya percaya dari Jun hingga Disember, jumlah itu akan meningkat lagi dan kami akan dapat mencapainya (sasaran 1.2 juta pelancong) kerana setiap bulan kami ada program seperti maraton antarabangsa, Festival Jazz Waterfront Kuching dan ‘What About Kuching 2022’ (WAK).

    “Malah selepas 1 Ogos, sempadan Brunei akan dibuka dan kita sasarkan untuk sekurang-kurangnya 4,000 orang seminggu akan datang dari Brunei,” katanya dalam sidang media acara ‘WAK 2022 Call For Proposal’ di sini hari ini.

    Abdul Karim berkata jumlah ketibaan pelancong warga asing juga melonjak 376 peratus kepada 43,404 antara Januari hingga Mei berbanding tempoh sama tahun lepas.

    Survei Pelancongan Domestik 2021 menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia semalam melaporkan Sarawak menerima 6.5 juta pelancong domestik tahun lepas, menjadikan ia negeri yang paling ramai dilawati di Malaysia.

    Sementara itu Abdul Karim berkata selepas dua tahun pandemik, WAK 2022 akan berlangsung dari 1 hingga 31 Okt dengan slogan ‘Dari Komuniti untuk Komuniti, untuk meraikan kesenian, kebudayaan dan gaya hidup komuniti kreatif. – Bernama

    Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa menghadiri Program ‘What About Kuching’ (WAK) 2022, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...