
LONDON, 31 Jan- Kesilapan Petr Cech menggegarkan Arsenal ketika mereka tewas mengejut 3-1 di Swansea, sementara itu Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Huddersfield semalam.
Penjaga gawang Arsenal, Cech terlepas sepakan dalam usaha untuk mengeluarkan bola yang membolehkan Jordan Ayew menjaringkan gol kedua Swansea di gelanggang sendiri dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Liberty.
Ia adalah satu kejutan bagi Arsenal, yang sudah menyaksikan Sam Clucas menjaringkan gol penyamaan hanya seminit selepas Nacho Monreal meletakkan pasukan pelawat didepan menerusi hantaran dari Mesut Ozil pada minit ke 33. (Klik di sini untuk cerita lanjut)