LONDON, 23 MEI – Swansea dan Brentford akan bertemu untuk kedudukan 180 juta pound di Liga Perdana Inggeris selepas mereka memenangi playoff peringkat separuh akhir kelmarin.
Swansea meraih kemenangan agregat 2-1 menentang Barnsley selepas terikat seri 1-1 di Stadium Liberty pada pusingan kedua.
Brentford mempamerkan aksi kebangkitan luar biasa untuk melengkapkan kemenangan 3-2 secara agregat menentang Bournemouth, menang 3-1 di barat London untuk bangkit dari ketinggalan 1-0 di pusingan pertama.
The Bees berada dalam bahaya tersingkir selepas Arnaut Danjuma meletakkan Bornemouth 2-0 di hadapan secara agregat pada awal separuh masa pertama.
Tetapi Brentford diberikan talian hayat yang penuh kontroversi selepas Ivan Toney menjaringkan gol melalui sepakan penalti yang diberikan kerana Liam Kelly menyentuh bola.
Pemain pertahanan Bournemouth, Chris Mepham dibuang sejurus insiden tersebut.
Keputusan tersebut menggembirakan 4,500 orang peminat di Brentford Community Stadium, di mana The Bees memanfaatkan kelebihan sepenuhnya menerusi gol pada separuh masa kedua melalui Vitaly Janelt dan Marcus Forss.
“Perlawanan ini sukar diramal. Hanya sukan, terutama dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.
“Saya terpaksa merendam kaki saya ke dalam bekas ais selepas mereka menjaringkan gol. Ketinggalan 2-0 adalah sangat sukar tetapi saya tidak mempunyai keraguan bahawa kami masih mampu bangkit.
“Kami mencapai sesuatu yang besar dan kami tahu kemenangan mutlak adalah di final.” – AFP



































