Swansea lantik Clement jadi jurulatih

LONDON, 1 Jan – Swansea City bersedia untuk melantik pembantu Bayern Munich, Paul Clement (gambar) sebagai pengurus baru mereka, menurut laporan media British, kelmarin.

Bekas pengurus Derby Clement telah mengadakan perbincangan dengan Swansea dalam tempoh 24 jam yang lalu untuk menjadi pengurus ketiga kelab Wales itu dalam musim yang sukar di Stadium Liberty.

Ia melaporkan perjanjian itu boleh dimuktamadkan dalam tempoh 48 jam akan datang sebelum Swansea, yang menuju ke tangga terbawah 2017 Liga Perdana Inggeris, menentang Crystal Palace pada Selasa.

Clement akan meneruskan tugas Bob Bradley, yang dipecat minggu ini selepas 85 hari dalam menghadapi keadaan yang sukar, BBC dan laporan lain berkata.

Bekas jurulatih Amerika Syarikat Bradley itu telah menggantikan jurulatih warga Itali Francesco Guidolin, yang dipecat pada bulan Oktober.

Clement muncul sebagai jurulatih kegemaran yang akan meneruskan tugas Bradley selepas sasaran utama Swansea, Chris Coleman, pengurus Wales, memilih untuk tidak kembali kepada pasukan lamanya.

Clement berusia 44 tahun telah ditemuramah untuk jawatan tersebut apabila Bradley telah dilantik, dan Swansea cukup selesa dengan pemilihan Clement selepas pemecatan jurulatih warga Amerika pada Selasa.

Clement mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai jurulatih setelah bekerja sebagai pembantu Carlo Ancelotti di Chelsea, Paris St Germain, Real Madrid dan kini Bayern Munich.

Tetapi beliau hanya ditugaskan untuk menguruskan pengurusan di Derby selama lapan bulan sebelum pemecatannya yang mengejutkan pada Februari 2016. – AFP