Swatch, BAPE bekerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Swatch, jenama jam tangan terkenal dari Switzerland telah mengumumkan kolaborasi bersama jenama fesyen jalanan dari Jepun, Bathing Ape (BAPE) dengan mengeluarkan enam jam tangan edisi terhad, di mana budaya jalanan bertemu pembuatan jam tangan Swiss yang inovatif.

Lima model didedikasikan kepada lima bandar (mega) kegemaran kedua-dua jenama berkenaan iaitu Bern, London, New York City, Paris dan Tokyo selain satu model dunia.

Barisan produk SWATCH BIG BOLD terbaharu, mengetengahkan bekas jam Ø47mm yang menyerlah, berfungsi sebagai kanvas cabaran bagi koleksi edisi terhad berkenaan.

Kesemua model menampilkan corak celoreng BAPE yang terkenal serta logo Ape Head pada jarum pendek dan tali bawah, sementara logo Swatch yang dipertingkatkan mengingatkan debut pembuat jam tangan tersebut pada 1980an.

Jam-jam lima bandar berkenaan diberi nombor dan terhad kepada sama ada 983 atau 1993, memberi penghormatan kepada tarikh lahir lagi kedua-dua jenama.

Bersama model keenam, BIG BOLD BAPE The World (gambar bawah), koleksi edisi terhad ini mengetengahkan personaliti-personaliti besar, meraikan dunia, kepelbagaian dan masa.

Diasaskan pada 1993, BAPE dikenali sebagai jenama fesyen jalanan sebenar yang pertama dan mengasaskan label dalam budaya jalanan.