Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swatch catat keuntungan

    ZURICH, 21 Julai – Pembuat jam tangan Swiss Swatch berkata hari ini keuntungannya meningkat dalam enam bulan pertama, tetapi prestasinya terjejas oleh kekuatan mata wang Swiss franc.

    “Penilaian yang lebih dalam franc Swiss menjejas pertumbuhan dalam separuh tahun pertama,” kata Swatch dalam laporan separuh pertamanya.

    “Berbanding tahun sebelumnya, separuh tahun pertama 2017 digambarkan oleh pergolakan di seluruh dunia,” kata laporan.

    “Bagaimanapun, Kumpulan Swatch, dengan 20 jenama dan rangkaian runcitnya sendiri, banyak diwakili di seluruh dunia, dan dengan itu mampu menghasilkan jualan bersih sebanyak 3.7 bilion franc Swiss.”

    Ia melambangkan kemerosotan sebanyak 0.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama setahun sebelumnya.

    Pada kadar tukaran yang tetap, jualan akan meningkat sebanyak 1.2 peratus.

    Keuntungan bersih bertumbuh sebanyak 6.8 peratus kepada 281 juta franc Swiss, lebih rendah daripada jangkaan penganalisis.

    Melihat ke depan, Swatch berkata ia “menjangka pertumbuhan yang amat positif dalam mata wang tempatan pada separuh tahun kedua tahun ini. Selain daripada perniagaan runcit mereka sendiri yang telahpun kukuh, jualan borong juga harus berkembang dengan positif.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda