Swatch lancar koleksi BIG BOLD

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Jenama jam tangan terkenal dari Switzerland, Swatch telah memperkenalkan koleksi BIG BOLD baharu yang menampilkan enam model jam berlainan.

Menurut kenyataan yang diberikan, setiap BIG BOLD mengetengahkan bekas jam Ø47mm yang menyerlah.

Barisan produk baharu berkenaan direka bagi mereka yang tidak takut untuk tampil ke hadapan dan berbangga menjadi berlainan.

Daripada BBBlack hingga BBBeauty, kesemua model mempunyai kepala jam Ø47mm yang besar yang diliputi dengan kaca sedikit melengkung

Cetakan 3D yang kontras pada dial serta tali dalam warna utama menampilkan personaliti-personaliti besar jam-jam tangan berkenaan, sementara latar belakang mengetengahkan rekaan kontemporari yang berani.

Antara model BIG BOLD yang dilancarkan Swatch.