Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Swatch, Omega bekerjasama bagi Speedmaster Moonwatch

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Swatch telah bekerjasama dengan Omega untuk membangunkan Swatch inovatif dengan sentuhan Speedmaster Moonwatch.

    Kerjasama yang tidak dijangka, provokatif dan berwawasan, yang pertama antara Swatch dan Omega, itu adalah kemuncak trend kerjasama antara jenama mewah dan jalanan untuk mencipta produk baharu inovatif menggabungkan yang terbaik daripada kedua-dua
    dunia.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Swatch, kedua-dua jenama tersebut telah mendapat inspirasi reka bentuk daripada angkasa, untuk mencipta koleksi 11 model Swatch yang dinamakan sempena planet.

    Semua reka bentuk adalah dalam Bioceramic yang dipatenkan, gabungan unik dua pertiga seramik dan satu pertiga bahan yang diperoleh daripada minyak kastor. Walaupun warna seperti merah jambu dan biru pucat menawarkan petunjuk kukuh bahawa ini bukan jam tangan Omega Speedmaster standard, peminat Moonwatch tegar akan berusaha keras untuk mencari perbezaan dalam penampilkan keseluruhan.

    Kenyataan menyatakan, Moon-watch Omega adalah legenda dan mesti dimiliki oleh pengumpul dan koleksi Bioceramic MoonSwatch Swatch yang pantas menjadikan reka bentuk ikonik itu boleh diakses oleh peminat di mana-mana sahaja.

    Koleksi baharu berkenaan datang dalam warna yang jarang dilihat. Setiap MoonSwatch menampilkan pernyataan misinya sendiri, ukiran inspirasi dan logo Omega X Swatch bersama pada dail dan crown.

    Penutup bateri pada setiap jam tangan menampilkan gambaran planetnya.

    ATAS & BAWAH: Dua daripada koleksi Bioceramic MoonSwatch Swatch yang dibangunkan hasil kerjasama Swatch dan Omega. – Gambar serahan Swatch

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...