Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sweden, Belanda menang selesa

    SHEFFIELD, UNITED KINGDOM, 18 JULAI – Sweden kelmarin membelasah Portugal 5-0 untuk mara ke suku akhir Euro Wanita 2022 ketika penyandang juara, Belanda memerlukan jaringan lewat untuk menewaskan Switzerland 4-1 bagi memastikan tempat mereka dalam lapan terakhir.

    Anak buah Peter Gerhardsson bermain dengan rentak permainan yang pantas di Leigh untuk menuntut tempat teratas Kumpulan C dan mendahului 3-0 pada separuh masa.

    Pemain Manchester City, Filippa Angeldal menjaringkan dua gol sebelum Carole Costa menanduk masuk ke gawangnya sendiri pada masa kecede-raan separuh masa pertama.

    Sepakan penalti Kosovare Asllani menjadikan kedudukan 4-0 sebelum penyerang Arsenal, Stina Blackstenius akhirnya mencatatkan nama sebagai penjaring selepas dua percubaan awalnya diketepikan.

    Sweden akan menentang sesiapa sahaja yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan D dengan Belgium, Iceland dan Itali kesemuanya dengan peluang untuk menamatkan saingan di belakang Perancis dalam perlawanan hari ini. Sementara itu, Belanda menanti Perancis dalam pusingan lapan terakhir walaupun kehilangan penyerang bintang mereka, Vivianne Miedema untuk perlawanan kedua berturut-turut kerana positif COVID.

    Jaringan sendiri Ana-Maria Crno-gorcevic pada minit ke-49 telah meletakkan Belanda di hadapan di Sheffield pada awal babak kedua permainan.

    Switzerland kemudiannya menyamakan kedudukan di minit ke-53 apabila Geraldine Reuteler menyempurnakan dengan tenang hantaran dari Romana Bachmann.

    Keputusan seri sudah memadai bagi pasukan kendalian Mark Parsons untuk mara ke peringkat kalah mati, tetapi mereka memastikan tiga mata dengan tiga gol pada enam minit terakhir.

    Pemain gantian, Romee Leuchter menjaringkan dua gol, manakala Victoria Pelova menyumbang gol kemenangan yang selesa pada minit ke-95. – AFP

    Aksi pemain pertahanan Sweden, Hanna Glas (kiri) semasa perlawanan bola sepak Kumpulan C Euro Wanita 2022 UEFA di stadium Leigh Sports Village kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...