Sweden dakwa lelaki intip untuk Iran

STOCKHOLM, 6 NOV – Seorang pendakwa Sweden berkata seorang lelaki warga Iraq berusia 46 tahun telah didakwa mengintip untuk Iran dengan mengumpul maklumat mengenai pelarian Iran di Sweden, Belgium dan Belanda.

Pendakwa Hans-Jorgen Hanstrom berkata lelaki itu, yang tidak dikenal pasti, mengumpul ‘maklumat peribadi’ mengenai penduduk Iran Arab, dikenali sebagai Ahvazis, untuk Iran ‘di bawah topeng mewakili akhbar internet Arab.’ Hanstrom berkata hari ini lelaki tersebut adalah aktif dalam tempoh empat tahun berakhir Februari 2019, dan juga didakwa menceroboh forum online untuk penyokong pembangkang, dan mengumpul maklumat log masuk untuk router.

Hanstrom menambah lelaki itu didakwa berkomunikasi dengan ejen risikan Iran menerusi internet atau pertemuan peribadi, termasuk di Tehran. – AP