Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sweden guna tong sampah interaktif

    STOCKHOLM, 14 JUN – “Bagus sekali”, “sila datang lagi” dan “terima kasih”.

    Ia adalah mesej audio yang disiarkan oleh tong sampah di bandar Malmo di selatan Sweden, di mana pihak berkuasa baru-baru ini menukar suara daripada seorang lelaki kepada suara seorang wanita, dengan harapan ia akan lebih menenangkan.

    Sebelum ini, suara yang mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana membuang sampah mereka adalah daripada suara seorang lelaki, yang menyampaikan mesej tersebut dengan tegas.

    Tetapi kini, dalam usaha bagi menjadikan pengalaman membuang sam-pah lebih menyenangkan, suara itu telah ditukar menjadi suara perempuan serak yang menyampaikan perkataan dengan dua makna.

    Ia juga merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran di bandar itu bagi membersihkan kawasan awam dengan tidak menggalakkan pembuangan sampah secara merata-rata.

    Tong sampah berkenaan dimaklumkan telah dipasang beberapa tahun lalu di bandar ketiga terbesar di Sweden.

    Selain itu, alat pengesan suara juga dipasang bagi mengeluarkan bunyi mesej setiap kali seseorang membuka tong sampah tersebut. – AFP

    Sebuah tong sampah yang dapat bercakap dilihat di jambatan David Hall di Malmo, Sweden pada 8 Jun 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...