Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sweden kesal isu VAR

    SHEFFIELD, UNITED KINGDOM, 26 JULAI – Penyerang pasukan Sweden, Kosovare Asllani kelmarin menyifatkan penggunaan bilangan kamera yang sedikit untuk panggilan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada Euro Wanita 2022 sebagai ‘malapetaka’ selepas keputusan yang dibuat rata-ratanya salah dan tidak tepat.

    Pasukan Asllani, yang akan menentang tuan rumah England pada separuh akhir pada hari ini, mempunyai empat gol yang diketepikan oleh semakan VAR disebabkan ofsaid dengan keraguan serius terhadap sekurang-kurangnya dua daripada keputusan tersebut.

    Sweden dilaporkan menghubungi UEFA selepas gol Rebecca Blomqvist dalam kemenangan 2-1 ke atas Switzerland pada peringkat kumpulan telah dibatalkan secara salah.

    Blomqvist kelihatan berada di belakang bola apabila dimainkan, tetapi pegawai VAR menandakan garisan ofsaid daripada pertahanan Switzerland yang terakhir.

    Jaringan Stina Blackstenius menentang Belgium pada suku akhir turut diketepikan walaupun tayangan ulangan menunjukkan penyerang Arsenal itu berada dalam posisi onsaid.

    Asllani turut menyalahkan UEFA kerana tidak melaksanakan tahap teknologi yang sama seperti yang dilaksanakan bagi Kejohanan Eropah lelaki setahun yang lalu.

    “Ia adalah satu malapetaka untuk menggunakan bilangan kamera yang kurang,” kata pemain AC Milan itu.

    “Keputusan tidak boleh dibuat dengan ketepatan yang sama. Terdapat situasi di mana awda sepatutnya mempunyai lebih banyak kamera. Dan ia boleh menjadi penentu,” tambahnya.

    Manakala jurulatih Sweden, Peter Gerhardsson berkata, adalah ‘tidak wajar’ bagi Euro wanita tidak mempunyai standard teknologi tertinggi. – AFP

    Aksi Kosovare Asllani (kanan) semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro Wanita 2022 UEFA di Stadium Leigh Sports Village, Leigh pada 22 Julai 2022. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...