Sweden lebur rekod tanpa kalah AS

TOKYO, 21 JULAI – Juara Olimpik empat kali Amerika Syarikat (AS) mengalami kekalahan pertama selepas 45 perlawanan hari ini apabila mereka tewas 3-0 kepada Sweden dalam perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak wanita di Olimpik Tokyo.

Stina Blackstenius menjaringkan dua gol dan Lina Hurtig menambah gol ketiga untuk Sweden sebagai permulaan yang baik untuk kempen Kumpulan G mereka di Stadium Tokyo tanpa peminat kerana sekatan COVID-19.

AS seterusnya akan menentang New Zealand dan Australia dalam dua perlawanan kumpulan berikutnya, tidak pernah kalah sejak tewas 3-1 kepada Perancis dalam perlawanan persahabatan pada Januari 2019.

Ia adalah kekalahan kedua dalam perlawanan selama 90 minit bagi AS di Olimpik.

Mereka kalah dalam perlawanan pertama kejohanan 2008 tetapi berjaya memenangi pingat emas di Beijing.

Aksi pemain tengah AS, Samantha Mewis dan pemain pertahanan Sweden, Hanna Glas semasa pertandingan bola sepak pusingan pertama kumpulan G Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Tokyo semalam. – AFP

Sweden melenyapkan harapan AS dalam penentuan penalti di suku akhir di Rio lima tahun lalu, dalam perlawanan Piala Dunia 2019.

Kapten AS, Becky Sauerbrunn mengatakan kekalahan di Brazil sebagai ‘yang terburuk’ yang dihadapi oleh pasukan kebangsaan pada kejohanan antarabangsa.

AS telah memenangi 22 daripada 23 perlawanan sejak Vlatko Andonovski menggantikan Jill Ellis sebagai jurulatih pada Oktober 2019, dengan keputusan seri 1-1 menentang Sweden pada bulan April lalu.

Andonovski memilih 17 pemain dari skuad pemenang Piala Dunia untuk kejohanan besar pertamanya, tetapi dia memilih untuk memulakan Megan Rapinoe di bangku simpanan ketika Tobin Heath membuat kemunculan di Olimpik keempatnya.

Sweden, yang mara ke separuh akhir Piala Dunia dua tahun lalu, mengancam di separuh masa pertama dan menguasai AS. – AFP