LONDON, 17 NOV – Kerajaan Sweden semalam mengundi menyokong pindaan perlembagaan untuk meminda undang-undang antikeganasannya.
Riksdag, badan perundangan dan badan pembuat keputusan tertinggi Sweden, menerima pakai pindaan itu dengan undian 270-37, lapor agensi Anadolu.
Pindaan itu membuka jalan kepada prosiding jenayah yang lebih mudah bagi memastikan mereka yang menerbitkan maklumat yang menjejaskan hubungan Sweden dengan organisasi negara atau antarabangsa yang lain boleh disiasat oleh Agensi Perisikan Sweden yang boleh membawa kepada penjara empat tahun.
Pindaan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. – Bernama