Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sweden perlu bangkit

    YEKATERINBURG, Rusia, 26 Jun – Jurulatih Sweden, Janne Andersson perlu mencari jalan untuk menaikkan semangat pemainnya yang kecewa berikutan kekalahan mereka kepada Jerman dalam Kumpulan F persaingan Piala Dunia yang masih terbuka.

    Sweden dalam laluan bagi pusingan 16 terakhir sehingga Toni Kroos memastikan kemenangan menarik pada minit kelima masa tambahan untuk menjulang juara itu dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan Ahad lalu.

    Ia menyebabkan persaingan dalam Kumpulan F masih terbuka hingga perlawanan terakhir kumpulan esok, di mana Sweden menghadapi Mexico di Yekterinburg sementara pada masa yang sama Jerman menentang Korea Selatan di Kazan.

    Mexico mengutip enam mata dan sebelah kaki ke pusingan kalah mati, dengan Jerman dan Sweden masing-masing mengutip tiga mata dan dengan perbezaan jaringan yang sama setelah menjaringkan dengan jumlah gol yang sama. Sweden akan mara jika keputusan mereka lebih baik dari Jerman.

    Beberapa pemain Sweden merasa tidak percaya, dengan kekalahan kepada Jerman itu.

    Andersson berkata, “Keseluruhan pasukan masih berpeluang, jadi kami akan memulihkan kekecewaan kami dan kembali bagi perlawanan terakhir.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda