Sweden tawar ujian COVID-19 percuma

STOCKHOLM, 5 JUN – Sweden berkata semalam ia akan menyediakan ujian percuma untuk sesiapa yang menunjukkan gejala koronavirus dan menjalankan pengesanan kontak untuk mereka yang dijangkiti.

Pengumuman itu keluar tatkala negara berkata ia juga membenarkan perjalanan domestik di seluruh negara, hampir tiga bulan selepas ditutup sejajar dengan langkah antivirus. – AFP