STOCKHOLM, 8 JUN – Tanda-tanda orang tidak peramah atau pandangan berpola pemikiran makhluk asing: Satu kisah tular mengenai keluarga dari Sweden yang tidak menjemput rakan anak mereka ke meja makan telah menarik perhatian dunia.
Debat #Swedengate daripada forum perbincangan di laman media sosial Reddit, di mana persoalan mengenai pengalaman paling pelik orang ramai dari pelbagai budaya telah melahirkan jawapan seperti;
“Saya pernah pergi ke sebuah rumah rakan di Sweden. Dan semasa kami bermain dalam biliknya, ibunya memanggil untuk makan malam. Dan dia memberitahu saya untuk menunggu dalam biliknya ketika mereka makan.
”Ramai yang mengulangi pengalaman serupa dan perbincangan itu menjadi tular hingga beralih ke laman media sosial lain dan menimbulkan persoalan seperti adakah Sweden mempunyai budaya pelik tidak mesra, dan adakah orang Sweden kedekut? Atau, adakah penjelasan lain?
Ramai orang Sweden mengatakan bahawa ia bukan pengalaman yang luar biasa. Manakala segelintir lagi berkata ia jarang berlaku dan ada yang mengulas tidak pernah mendengar tentang amalan tersebut.
“Membesar sebagai seorang kanak-kanak ialah perkara biasa untuk bermain di rumah rakan awda kemudian mereka akan memberitahu akan pergi keluar sebentar untuk makan malam. Mereka kembali selepas 30 minit, dan meninggalkan awda di dalam bilik mereka,” kata penyanyi pop Sweden, Zara Larsson, 24, dalam video TikToknya. – AFP