Sweet Qismina dedah niat nak kahwin

Pelakon Sweet Qismina mengakui dia dan kekasihnya yang juga pelakon Adam Lee mempunyai hasrat untuk membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan.

Bagaimanapun Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 23, berkata setakat ini mereka belum memikirkan perkara itu secara serius.

“Niat untuk berkahwin dengan Adam itu sudah tentu ada tapi kami belum ada sebarang perancangan apa-apa lagi seperti tarikh, tema, tunang dan semua berkaitan tu belum ada lagi.

“Kalau ada apa-apa berita berkenaan perkara itu, mesti saya akan berkongsi di laman sosial. Mungkin akan ada gambar cincin ke atau apa-apa yang berkaitan.

“Apa-apa pun, tunggu saja ya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Adam,” kata Sweet.

Sweet memberitahu perkara itu ketika sesi Borak Pink Smile bersama pelakon utama Fattah Amin dan pengarah drama tersebut iaitu Ayie Mustafa, Rabu lalu.

Sweet dan Adam mempunyai hubungan yang rapat sejak mereka membintangi drama Adam Chempaka pada tahun lalu. – Agensi

Sweet Qismina mengakui dia dan kekasihnya mempunyai hasrat untuk berkahwin tapi mereka masih belum ada sebarang perancangan teliti mengenai majlis tersebut. – Agensi