Sweet Qismina pernah alami mental breakdown

Pelakon berbakat dan serba boleh, Sweet Qismina baru-baru ini menjawab soalan yang diajukan oleh peminatnya berkaitan karier seni di Instastory.

Seperti sedia maklum Sweet sudah lama berkecimpung dalam industri seni, dari pelakon cilik dalam Udin dan Noni sehinggalah menjadi aktres yang dikenali ramai dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular tanah air.

Mengetahui Sweet sudah lama dalam industri seni, salah seorang peminat kepada pelakon ayu ini bertanya sama ada aktres ini pernah merasa susah berlakon sambil bersekolah sewaktu kecil dahulu.

“Tak susah ke berlakon sambil sekolah? Ketika Sweet masih kecil dulu,” soal peminat melihat soalan yang diajukan, aktres ini menjawab ianya bukan mudah dan Sweet sendiri akui alami mental ‘breakdown’ kerana diri tidak kuat tapi walaupun begitu, Sweet mengatakan apa yang dilakukannya sangat berbaloi dengan apa yang dirinya dapat. – Agensi

Sweet sudah lama berkecimpung dalam industri seni, dari pelakon cilik dalam Udin dan Noni sehinggalah menjadi aktres yang dikenali ramai dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular tanah air. – Agensi