PARIS, 4 JUN – Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Iga Swiatek hanya mengambil masa 51 minit untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Perancis kelmarin.
Swiatek menewaskan pemain ranking ke-80, Wang Xinyu dari China 6-0, 6-0 dengan 21 pemenang ketika pemain Poland berusia 22 tahun itu semakin hampir untuk menjadi wanita pertama sejak Justine Henin pada 2007 yang memenangi gelaran berturut-turut di Roland Garros.
Daripada enam set yang dimainkannya setakat ini, empat daripadanya adalah dengan skor 6-0. Secara keseluruhannya dia hanya kalah lapan perlawanan melalui tiga pusingan. – AFP
