Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Swiatek lanjutkan rekod tanpa kalah

    PARIS, 2 JUN – Iga Swiatek mara ke separuh akhir Terbuka Perancis, kelmarin, dengan kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Jessica Pegula yang akan menempatkannya dalam pertembungan empat terakhir dengan Daria Kasatkina, di Gelanggang Philippe Chatrier, hari ini.

    Selain itu, Swiatek akan menyamai rekod tanpa kalah Venus William bagi kategori tenis wanita dalam abad ke-21 ini jika dia merangkul gelaran juara Roland Garros kedua pada minggu ini. Walau bagaimanapun, Swiatek mengatakan bahawa dia masih berasa gementar sebelum perlawanan penting walaupun sudah beberapa kali muncul sebagai juara.

    Dua tahun yang lalu, pemain pilihan teratas tersebut, yang baru sahaja mencecah umur 21 tahun telah memenangi gelaran Grand Slam pertamanya setakat ini.

    Selain itu, dia telah memenangi lima kejohanan berturut-turut pada tahun ini, termasuklah memenangi empat gelaran 1,000 WTA.

    Walaupun tidak beraksi dengan prestasi yang terbaik, dia tetap menjuarai perlawanan untuk melayakkan dirinya ke separuh akhir Slam kali ketiga dan yang kedua berturut-turut.

    Pemain pilihan ke-11 pula, Pegula telah mengalami musim yang hebat tetapi masih menunggu peluangnya mendapatkan tempat di separuh akhir sulungnya selepas tewas dalam lapan perlawanan terakhir di dua kejohanan Terbuka Australia sebelumnya.

    Satu lagi persembahan hebat mungkin disaksikan apabila Swiatek beraksi di perlawanan pertama dan mendahului 40-0 pada perlawanan kedua. Tetapi peluang Pegula mendapatkan lima mata straight terlepas pada perlawanan tersebut.

    Swiatek kembali menguasai perlawanan untuk mendahului 4-3, sebelum menamatkan perlawanan set pembukaan tersebut dengan menyempurnakan empat set perlawanan.

    Sebelum mendahului 3-1, dia telah menyelamatkan mata penentu pada set kedua perlawanan dengan pukulan yang mengesahkannya sebagai pemenang dalam pertembungan tersebut. – AFP

    Reaksi Iga Swiatek bersedia untuk melakukan pukulan servis semasa perlawanan suku akhir di Roland Garros. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...