Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Swiatek mara ke suku ahir Terbuka AS

    NEW YORK, 6 SEPT – Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menjadi wanita pertama mara ke suku akhir Terbuka AS.

    Swiatek bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan lawan Jerman di ranking ke-108 Jule Niemeier, dengan keputusan 2-6, 6-4, 6-0.

    Dalam pertembungan penuh kesilapan di Louis Armstrong Court, terdapat 15 double-fault, 12 servis break dan 76 unforce error.

    “Ia benar-benar memuaskan. Ini adalah suku akhir pertama saya di New York jadi saya sangat berbangga dengannya,” kata Swiatek.

    Pemain yang layak ke suku akhir Wimbledon, Niemeier tidak pernah memenangi perlawanan gelanggang keras dalam kerjayanya sebelum datang ke New York.

    Bagaimanapun, dia menuju ke perlawanan Isnin tanpa kehilangan satu set dan bersemangat untuk mengulangi perjalanan Wimbledonnya di mana dia juga menewaskan pemain nombor dua dunia, Anett Kontaveit.

    Pemain berusia 23 tahun dari Dortmund itu beraksi dengan baik pada perlawanan pembukaan dan mematahkan pukulan servis untuk mendahului 2-1 pada set kedua sebelum Swiatek bangkit untuk mara ke suku akhir Slam ketiganya pada 2022.

    Swiatek akan menentang pilihan kelapan dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula untuk tempat ke separuh akhir.

    Ia akan menjadi pertemuan ketiga pasangan itu tahun ini dengan Swiatek muncul di tempat teratas dalam kedua-dua kali di Miami dan di Terbuka Perancis.

    Manakala pemain nombor enam dunia Aryna Sabalenka mara ke suku akhir untuk tahun kedua berturut-turut dengan kemenangan 3-6, 6-3, 6-2 ke atas naib juara Terbuka Australia Danielle Collins.

    Sabalenka kini telah menewaskan pemain Amerika itu di New York tiga kali dalam lima Terbuka AS ter-akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...