Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Switzerland tewaskan Itali

GLASGOW, 10 NOV – Switzerland mengungguli Kumpulan A selepas menyapu bersih Itali dengan kemenangan 3-0 dalam permulaan kempen memburu Piala Billie Jean King mereka di Glasgow, kelmarin.

Jil Teichmann mengalahkan Elisabetta Cocciaretto 6-3, 4-6, 7-6 (7/5) sebelum Belinda Bencic menewaskan Jasmine Paolini 7-5, 6-3 dalam acara perseorangan.

Bencic bergabung dengan Teichmann untuk mengalahkan Paolini dan Martina Trevisan 7-6 (7/5), 6-1 dalam acara beregu.

Switzerland kini berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan A selepas mereka berikrar untuk mara lebih jauh berbanding 12 bulan lepas yang menyaksikan mereka kalah kepada pasukan Rusia.

“Saya sangat gembira, sangat lega selepas saya berjaya menyumbangkan mata kepada pasukan kami. Saya tahu permainan kali ini tidak mudah,” kata Teichmann. – AFP

Aksi Elisabetta Cocciaretto dari Itali yang memberikan saingan kepada Jil Teichmann semasa perlawanan akhir Piala Billie Jean King di Arena Emirates, Glasgow. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China terima pesawat domestik pertama

BEIJING, 9 DIS – Sebuah syarikat penerbangan China hari ini menjadi pelanggan pertama yang menerima tempahan pesawat udara jarak jauh yang dikeluarkan oleh pengeluar...

Tindakan China dialu-alukan

- Advertisment -