GENEVA, 7 MAC – Switzerland hari ini mengundi sama ada mengenakan tegahan menutup muka secara penuh di tempat awam, meskipun wanita beragama Islam yang memakai burqa penuh jarang dilihat di Switzerland.
Undian menunjukkan majoriti tipis menyokong langkah tersebut, dalam undian yang dibuat selepas bertahun-tahun perdebatan berikutan larangan serupa di negara-negara Eropah yang lain – dan di sebahagian negara majoriti penganut agama Islam.
Walaupun cadangan ‘Katakan ya kepada tegahan menutup muka secara penuh’ tidak ditujukan kepada burqa atau niqab – iaitu hanya meninggalkan mata tidak ditutup – tiada keraguan apa yang dibimbangkan oleh perdebatan.
Poster kempen tertera ‘Hentikan Islam radikal!’ dan “Hentikan ekstremis!’ yang memaparkan wanita mengenakan niqab hitam, ditampalkan di seluruh bandar Switzerland.
Poster yang menyaingi tertera, ‘Tidak kepada undang-undang anti burqa yang tidak masuk akal, sia-sia dan Islamfobia’. Larangan itu bermakna tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menutup muka mereka secara sepenuhnya di tempat awam – sama ada di kedai-kedai atau kawasan terbuka di perkampungan. – AFP
