Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Switzerland undi haramkan ujian haiwan

    GENEVA, 10 FEB – Switzerland mengadakan pengundian pada Ahad untuk memutuskan sama ada ujian haiwan dan manusia harus diharamkan – satu cadangan yang telah mencetuskan bantahan di sebuah negara yang banyak bergantung pada firma farmaseutikal besar.

    Tinjauan mencadangkan cadangan oleh pembela hak haiwan kemungkinan besar tidak akan diluluskan.

    Namun sekiranya ia berjaya, “Switzerland akan menjadi satu-satunya negara di dunia yang meluluskan pengharaman sedemikian,” kata Yves Fluckiger, presiden kumpulan lobi universiti Swiss.

    Penyelidik menegaskan kemajuan perubatan mustahil dicapai tanpa uji kaji. Di Universiti Geneva, Patrycja Nowak-Sliwinska, ketua makmal farmakologi molekul, melancarkan inkubator sel di mana tisu usus daripada pesakit kanser dibiakkan. Struktur tersebut, terdiri daripada sel, membolehkannya menguji sejumlah besar rawatan berpotensi.

    “Dengan model in vitro, kami cuba mencari calon berpotensi – dan hanya selepas itu barulah diuji ke atas haiwan,” kata Nowak-Sliwinska, yang menerima hadiah yang menawarkan ganjaran kepada penyelidik yang berusaha mengganti haiwan dengan kaedah lain.

    Namun menurutnya, adalah mustahil untuk menjalankan kesemua penyelidikan tanpa uji kaji haiwan dan percubaan klinikal. Cadangan itu akan mengharamkan uji kaji bukan sahaja ke atas haiwan tetapi juga pada manusia, serta pengharaman import ubat baharu yang dibangunkan menerusi kaedah sedemikian.

    “Uji kaji haiwan harus dianggap satu jenayah,” beritahu Renato Werndli, salah seorang doktor yang melancarkan inisiatif itu, kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...