Wednesday, September 28, 2022
25.5 C
Brunei

Syabas buat belia negara

-

Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah artikel dalam Media Permata bertajuk Pembabitan belia warnai industri perfileman tempatan, menampilkan beberapa orang belia negara semakin berani menceburkan diri dalam bidang perfileman.

Alhamdulillah dan syabas kepada belia-belia yang terlibat dalam pembikinan dua filem pendek tersebut.

Pembabitan para belia ini bukan saja menyemarakkan lagi industri perfileman di negara kita, malah menarik lagi para belia lain untuk berani menonjolkan dalam bidang-bidang berbeza.

Sehubungan itu, inilah salah satu cara untuk melahirkan belia berwawasan yang dapat menanai negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

Di samping itu, menurut pandangan saya bahawa pihak relevan juga perlu menggalakkan para belia untuk menonjolkan bakat-bakat seni mereka dengan menyediakan satu tempat khusus mempromosikan dan menayangkan kepada orang awam.

Sebagai contoh, pihak relevan membangunkan satu mini teater untuk para belia bagi menonjolkan bakat seni mereka atau membaik pulih panggung-panggung wayang lama untuk dijadikan tempat kesenian.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Media Permata menyiarkan mengenai aktiviti para belia negara kita.

Penggiat seni negara

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -