Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Syafi Tee terpaksa pindah rumah

    Pelakon Syafi Tee mengambil keputusan berpindah dari rumah keluarganya dan tinggal bersendirian selepas dihimpit beberapa kontroversi panas sebelum ini.

    Syafi atau Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, 30, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana mahu berdikari disebabkan tidak sanggup melihat ibu bapanya bersedih dengan apa yang menimpanya.

    “Kontroversi sebelum ini membuatkan saya pilih jalan untuk keluar dan berpindah tinggal sendiri. Saya tak sanggup melihat wajah ibu bapa apabila mereka menerima presepsi buruk kerana perjalanan seni saya.

    “Disebabkan itu juga saya ambil langkah berdiam diri. Sebenarnya setiap hari saya rasa lemah dan tertekan tapi kena kuatkan diri kerana tidak boleh mengharapkan orang lain.

    “Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya kepada mStar.

    Syafi Tee mahu berdikari dan tidak mahu bersedih dengan apa yang menimpanya. – Agensi

    Syafi berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya baru-baru ini.

    Sejak kontroversi melanda, Syafi mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

    Sementara itu, pelakon itu juga tidak dapat menahan air matanya daripada menitis apabila mengenangkan ahli keluarga turut terkena tempias terutamanya bapanya yang juga pendakwah, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

    Kembali bangkit dari kesedihan dan tekanan, Syafi memberitahu dia kini lebih bersedia untuk berdepan dengan orang ramai.

    Dalam masa sama dia mahu memulakan satu langkah baharu dalam kerjaya dengan menceburi pelbagai bidang seni. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...