Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Syafiq Kyle mual gosip putus cinta

    Pelakon Syafiq Kyle mual gosip hubungan dengan Mimi Lana sudah berakhir sering menjadi bualan warganet sedangkan perkara itu tidak berlaku.

    Sambil menegaskan mereka masih berpacaran, Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, mengaku letih melayan ‘cakap-cakap nakal’ yang cuba memancing emosinya.

    “Kadang-kadang apabila jadi macam ini, bukan saya tak nak jawab, tetapi saya jadi malu dan segan. Lagipun, kita bercinta bukan seperti usia 12 tahun.

    “Esok lusa dah nak kahwin… Lepas itu nak kena layan benda-benda macam ini. Mungkin lima tahun lalu saya boleh layan cerita seperti ini, tetapi, sekarang ia menjadi sesuatu yang memualkan.

    “Tetapi, selagi hubungan kami dalam keadaan baik, Alhamdulillah. Kalau benda baik yang berlaku, kami akan maklumkan. “Tetapi kalau cerita yang remeh-temeh, saya malas hendak ambil peduli kerana ia membuang masa saya dan orang lain,” katanya kepada media.

    Syafiq mengaku letih melayan ‘cakap-cakap nakal’ yang cuba memancing emosinya. – Agensi

    Syafiq mengulas komen yang dilayang warganet di Instagram (IG) Mimi yang mendakwa aktres itu kini memiliki kekasih baharu.

    Dalam perkembangan berkaitan, pelakon drama Nur ini menepis dakwaan peminatnya gemar mengambil tahu cerita sensasi serta hal remeh seperti disangka warganet. “Biasanya, kalau saya jumpa peminat, mereka lebih suka bertanya projek terkini berbanding kisah peribadi. Tidak pernah apabila kami berjumpa, soalan nak kahwin diajukan.

    “Kalau ada pun soalan seperti itu, yang bertanya pun adalah ibu saudara saya. Bagi peminat, sudah cukup jika mereka tahu saya dan Mimi bahagia,” katanya. Biarpun sudah bersedia menjadi suami, namun, menurut Syafiq, hasrat itu terpaksa ditangguhkan berikutan jadual lakonan padat.

    “Jujurnya, saya sudah bersedia menjadi ketua keluarga dan ada zuriat sendiri. Namun, saya tidak berani hendak cakap bila tarikhnya kerana kami masih merancang.

    “Harapan saya, semua pihak dapat mendoakan agar kerjaya seni saya lancar. Ini memudahkan saya mengatur perancangan untuk berkahwin pada masa akan datang,” katanya. Dua tahun lalu, hubungan Syafiq bersama Mimi atau nama penuh, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, pernah putus, namun bertaut kembali, setahun kemudian.

    Syafiq diumumkan duta aplikasi myIOU App 2,0 iaitu perkhidmatan transaksi digital berkonsep beli sekarang bayar kemudian pada majlis yang dianjurkan, di sini. Syafiq dipilih sebagai duta aplikasi itu berikutan populariti dan pengaruh besarnya terhadap pengguna. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...