Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Syafiq, Mimi sudah bertunang?

    Pelakon Mimi Lana memberi bayangan dirinya sudah bergelar tunangan kekasih, Syafiq Kyle menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

    Melalui entri itu, Mimi atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28 berkongsi foto memaparkan jari yang hendak disarungkan cincin, iaitu simbolik kepada majlis pertunangan.

    Foto itu diiringi ungkapan penuh kesyukuran pelakon filem Pusaka itu sambil memberi bayangan hari bahagianya akan berlangsung tidak lama lagi. “Insya-Allah. Selangkah sahaja lagi, Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

    Sementara itu, meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti aktres tinggi lampai itu berkongsi kegembiraan dengan mengucapkan tahniah kepada Mimi. Antaranya Nur Fazura, Naim Daniel, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Azira Syafinaz, Elfira Loy dan ramai lagi.

    Rata-rata mereka mendoakan semoga impian pa-sangan ini untuk menuju ke gerbang perkahwinan, dipermudahkan. Baru-baru ini, Syafiq memberitahu mereka sibuk membuat persiapan perkahwinan yang dijangka berlangsung, tahun ini. Syafiq turut mengesahkan dia dan Mimi sudah menghadiri kursus kahwin, baru-baru ini.

    Syafiq turut mengesahkan dia dan Mimi sudah menghadiri kursus kahwin, baru-baru ini. – Agensi

    Sementara itu, Harian Metro melaporkan, pengurus Mimi, Iman Tang mengesahkan keluarga Syafiq merisik pelakon itu dalam majlis ringkas, hari ini.

    Iman ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan secara tertutup lancar dan dipermudahkan.

    “Hari ini cuma acara merisik di mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsi di IG Mimi dan Syafiq,” katanya ringkas kepada Harian Metro. Iman bagaimanapun tidak dapat berkongsi butiran terperinci berikutan dia tidak dapat bersama dalam acara merisik itu.

    Terdahulu Syafiq menerusi IG berkongsi beberapa gambar dirinya menyarungkan cincin di jari manis kekasihnya itu.

    “Counting days (menghitung hari). 1 2 3 actions (berserta emoji sebentuk cincin),” tulisnya.

    Pasangan pelakon popular ini mula berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka pada 2019. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...