Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Syafiq Naser mahu tinggalkan dunia nyanyian

    Nama Syafiq Naser barangkali lebih dikenali sebagai pencipta kandungan di media sosial. Namun dalam masa sama, lelaki berusia 27 tahun itu sudah berjinak-jinak dalam dunia seni suara menerusi single pertama, Lenggang.

    Kini, pemilik nama penuh Nur Syafiq Naser kembali dengan single keduanya, Malu, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syafiq sendiri.

    Kata anak kelahiran Parit, Perak itu, lagu Malu sudah mula dicipta sejak 10 tahun yang lalu ketika dia berada di bangku sekolah.

    “Saya pernah memperdengarkan lagu ini kepada keluarga dan orang sekeliling ketika itu. Alhamdulillah setelah satu dekad berlalu barulah ia direalisasikan. Sudah pasti saya gembira dengan kehadiran Malu dan berharap ia akan diterima baik oleh semula pihak,” ujarnya.

    Pun begitu, bagi Syafiq ini mungkin merupakan karya terakhir sebagai seorang penyanyi memandangkan kehadirannya dalam bidang nyanyian kurang mendapat sambutan hangat daripada peminat. Jelasnya, sekiranya lagu tersebut mendapat maklum balas dan sambutan yang baik, barulah dia akan mempertimbangkan untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

    “Saya pernah menyertai pertandingan nyanyian dan mendapat komen negatif daripada seorang komposer popular.

    “Dia tidak suka dengan nyanyian saya dah mahu saya meneruskan dalam bidang mencipta kandungan sahaja.

    “Apa yang disebutkan itu memang ‘membakar’ jiwa dan saya mahu buktikan dengan kehadiran Malu ini, saya juga boleh menyanyi dan tidak seperti yang dikatakan,” tegasnya. Sebagai info, lagu ini menerima Dana Pemasaran Muzik Malaysia 2022 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM).

    Dilancarkan secara rasmi pada 28 Oktober, Malu sudah boleh distrim di semua platform digital dan video muzik pula boleh ditonton di YouTube Syafiq Naser. – Agensi

    Syafiq berkata ini mungkin merupakan karya terakhir beliau sebagai seorang penyanyi memandangkan kehadirannya dalam bidang nyanyian kurang mendapat sambutan hangat daripada peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...