Syahrini terlalu rindu Mekah…

Ketika seluruh dunia berdepan pandemik COVID-19, penyanyi terkenal Indonesia Syahrini mengakui terlalu merindui Kota Suci Mekah dan terkenang saat-saat menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Kapan Lagi, Syahrini berkata dia merindui ketenangan jiwa semasa berada di tanah suci itu.

Tampil berhijab sejak Mei lalu, Syahrini kini kerap memuat naik foto mengaji Al-Quran menerusi laman Instagram miliknya.

Selain itu, Syahrini juga berkata dia mula menitikberatkan soal ibadah termasuklah mengutamakan solat, lebih-lebih lagi diimamkan oleh suami tercinta, Reino Barack.

Walaupun sudah beberapa kali khatam Al-Quran, Syahrini memberitahu dia tidak akan berhenti membaca kitab suci umat Islam itu.

Penampilan terkini Syahrini yang lebih muslimah itu menerima pujian peminat dan pengikutnya di laman sosial.

Rata-ratanya mendoakan supaya penyanyi lagu Seperti Itu? ini terus istiqamah dalam penghijrahannya itu. – Agensi

Penampilan Syahrini mengenakan hijab menerima pujian peminat. – Agensi