Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Syamsul, Ira trending di Twitter

    Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof dan isteri keduanya, Ira Kazar menjadi antara topik paling ‘trending’ dalam kalangan pengguna aplikasi Twitter di Malaysia.

    Setakat ini, jumlah hantaran atau ‘tweet’ menggunakan nama Syamsul atau mesra disapa ‘Sol’, sudah mencatat lebih 32,000 hantaran manakala Ira menduduki tangga kedua dengan lebih 26,000 hantaran.

    Tinjauan BH Online di Twitter mendapati, pelayar berkongsi pelbagai pandangan terhadap pernikahan Syamsul dan Ira yang dikatakan berlangsung di Thailand, semalam.

    Ada yang meninggalkan komen seolah-olah kecewa dengan tindakan Syamsul apabila dilihat membelakangkan keluarga dan isteri pertama, Puteri Sarah.

    “Nikah dah Syamsul dan Ira. Kesian Puteri Sarah bermati-matian pertahankan rumah tangga mereka,” tulis seorang pelayar.

    Seorang lagi pengguna Twitter menulis: “Syamsul kalau mengaku lebih awal tak adalah orang ramai marah kepada dia. Sebelum ini, nafikan dan kata nak saman JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Tetapi, akhirnya kahwin juga.”

    Namun, tidak kurang juga pengguna Twitter dan pelayar internet menyatakan sokongan terhadap Syamsul selain meninggalkan ucapan tahniah di ruang komen Instagram (IG) pengarah filem Mat Kilau itu.

    Semalam, Syamsul meleraikan spekulasi apabila memuat naik video di IG mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira di Thailand.

    Majlis akad nikah berkenaan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. – Agensi

    Ira Kazar sudah menjadi isteri kedua Syamsul Yusof. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...