Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Syamsul pertimbang ‘lepaskan’ kalau Puteri Sarah semuka

    Syamsul Yusof, 39, sedia menimbang permintaan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, untuk dilepaskan jika isteri pertamanya itu mahu bersemuka.

    “InsyaAllah, saya tidak tahu. Apa yang penting, ayuh kita berjumpa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas berakhirnya sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini.

    Syamsul kecewa harapan untuk bertentang mata dengan Puteri Sarah pada sesi perdamaian itu, tidak kesampaian.

    “Saya harap hari ini dapatlah berjumpa Sarah, tetapi, malangnya, proses itu dijalankan berasingan.

    “Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

    Syamsul kecewa tidak dapat bertentangan mata dengan Puteri Sarah pada sesi perdamaian di JAWI. – Agensi

    Syamsul yang diwakili sepupu, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses ditetapkan sekalipun menyukarkan mereka mencari jalan perdamaian.

    “Niat saya mengharapkan isteri terima poligami ini dengan baik. Kita boleh berbincang mengenai bagaimana jalan untuk kembali bersama.

    “Saya mahu berbincang dalam seminggu, berapa hari kami boleh berjumpa. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.

    “Saya sebenarnya kecewa, namun, hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik,” katanya.

    Syamsul berkata, keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya, banyak faktor lain yang perlu diambil kira. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...