Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Syamsul Yusof tak kecil hati, yakin prekuel Mat Kilau lebih baik di tangan pengarah lain 

Pengarah Syamsul Yusof tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai untuk menerajui penerbitan filem prekuel Mat Kilau yang sedang dalam perancangan.

Syamsul, 38, sebaliknya memberitahu sejak awal dia sudah mengetahui mengenai perkara tersebut dan melihat ia sebagai langkah bijak yang dibuat pihak penerbit Studio Kembara Sdn Bhd.

“Tidak kecil hati, saya percaya rezeki Allah malah saya amat bersyukur dengan kejayaan Mat Kilau sebagai filem nombor satu Malaysia mengatasi kutipan karya Hollywood yang mencecah hampir RM100 juta.

“Saya dah tahu benda ini, ada ura-ura. Pada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya sebab kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia berpotensi yang belum dapat peluang mengarahkan filem epik.

“Pada saya langkah mengambil pengarah lain itu dapat memberi kelainan pada filem itu nanti kerana setiap orang ada cara dan gayanya tersendiri,” katanya kepada mStar.

Syamsul (kanan) doakan kejayaan untuk prekuel seperti mana Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. – Agensi

Terdahulu, penerbit Studio Kembara, Rahman Md Deli memaklumkan pihaknya sedang dalam proses menerbitkan prekuel filem tersebut namun ia tidak melibatkan Syamsul dan dua pelakon utamanya, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairi.

Kata Rahman, pihaknya ingin memberi peluang kepada pengarah lain selain watak Adi dan Beto masih belum wujud dalam prekuel naskhah berkenaan.

Dalam pada itu, Syamsul berpendapat bahawa ini merupakan langkah yang baik agar filem Malaysia lebih pelbagai dengan sentuhan pengarah berbeza.

“Pengarah lain itu dapat beri kelainan pada filem itu kerana setiap orang ada cara tersendiri,” katanya.

Malah besar harapannya agar filem itu nanti dapat lari daripada sentuhannya dan berdoa kejayaan untuk prekuel seperti mana Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

“Mungkin akan ada kekurangan kalau saya yang arahkan prekuel itu dan saya percaya pengarah baharu nanti dapat memberi kelainan dari segi pengarahan dan penulisan,” ujarnya.

Sementara itu, Syamsul berkata, dia akan memberi fokus kepada karya terbaharunya iaitu The Original Gangster yang bakal memulakan penggambaran pada penghujung tahun hadapan.

Katanya, filem itu memerlukan fokus 200 peratus daripadanya apatah lagi ia bakal menjadi filem aksi moden termahal yang pernah diterbitkan di Malaysia.

“Semuanya telah disusun dan kita akan menjalani penggambaran tahun depan, saya boleh fokus kepada filem ini.

“Saya bersyukur dan berbangga dengan semua filem yang pernah saya arahkan sebelum ini dan saya akan terus berkarya degnan hasil lebih baik,” katanya. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -