Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Syarat pengunjung luar ke Brunei ditetapkan

    Oleh Nurdiyanah R

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Bagi semua pengunjung dari luar negara yang akan tiba di negara ini diperlukan untuk melakukan ujian makmal RT-PCR, iaitu 48 jam sebelum berangkat dari negara asal sebagaimana yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

    Perkara ini juga termasuk bagi seseorang yang telah sembuh dari dijangkiti COVID sekitar enam bulan lalu maka dalam situasi ini, mereka dimestikan melakukan ujian tersebut sebelumnya tiba di negara ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara tersebut bagi mengulas isu artikel tular dari negara jiran yang menyatakan bahawa semua kemasukan warga asing yang tiba di Negara Brunei Darussalam hanya diperlukan melakukan ujian pantas antigen (ART) tanpa menjalani tempoh pengasingan mandatori khususnya bagi mereka yang baharu sembuh dari jangkitan COVID semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada petang tadi.

    “Namun ujian PCR hanya dikecualikan bagi mereka yang masih dalam lingkungan tempoh 90 hari setelah disahkan sembuh daripada jangkitan tersebut tetapi diperlukan untuk melakukan ujian ART sebelum tiba di negara ini,” jelasnya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...