Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Syarat, senarai kursus biasiswa kerajaan, SBPP dikeluarkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Pemohon bagi Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri (Umum) dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi Sesi Akademik 2023/2024 boleh mendapatkan senarai kursus yang ditawarkan di bawah skim berkenaan serta terma dan syarat skim yang telah dikeluarkan hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, permohonan bagi kedua-dua skim tersebut akan dibukakan sekitar Januari 2023.

    Syarat-syarat dan senarai kursus-kursus juga boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara tersebut, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 iaitu

    Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang atau e-mel kepada scholarship@moe.gov.bn.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...