Syarikat antarabangsa minat projek IMBRT

JOHOR BAHRU, 24 JAN –  Beberapa syarikat antarabangsa telah menunjukkan minat untuk membekalkan bas masing-masing untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) yang bakal beroperasi dalam kawasan wilayah Iskandar Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata setakat ini, terdapat satu model bas telah dihantar oleh sebuah syarikat.

“Baru-baru ini telah sampai model bas untuk ditunjukkan kepada kita dan beberapa syarikat lain juga telah mencadangkan bas masing-masing.

“Pakar perunding telah menyiapkan reka bentuk dan jajaran juga sudah diketahui. Saya berasa yakin bahawa tahun ini kita boleh mula keluarkan tender,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai projek berkenaan dalam sidang media, di sini, hari ini.  – Bernama

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri (tengah) ditemui media selepas meninjau kerja-kerja menurap jalan yang berlubang di sekitar Johor Bahru kelmarin. – Bernama