Syarikat AS di China terjejas akibat tarif

BEIJING, 13 Sept – Kebanyakan syarikat Amerika di China berkata mereka terjejas akibat perbalahan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, melaporkan kos yang meningkat, keuntungan yang lebih rendah dan pengawasan yang berlebihan, menurut tinjauan hari ini.

Dewan Perniagaan AS di China meninjau lebih daripada 430 syarikat AS yang beroperasi di negara itu dan memberikan maklumat terperinci tentang bagaimana berbalahan perdagangan Trump telah menjejas perniagaan.

Tarif pertama beliau pada musim panas ini dikenakan ke atas barangan China berjumlah AS$50 bilion seperti alat ganti teknologi dan barangan keluaran, sementara Beijing membalas balik dengan tarif ke atas kacang soya, kereta dan barangan perladangan lain.

Namun firma AS terasa kesan daripada kedua-dua pihak ketika mereka menjual dan menghasilkan barangan di China, dengan kenaikan cukai sempadan Washington dan tindakan balas Beijing menjejas lebih 60 peratus daripada perniagaan, menurut tinjauan itu. Ia juga menunjukkan tarif yang akan dikenakan ke atas AS$200 bilion barangan China dijangka menambah kesan kepada tiga perempat firma tersebut.

Presiden Dewan, Alan Beebe berkata tinjauan akan memberikan pegawai di Washington dan Beijing fakta-fakta tentang kesan daripada tarif itu.

Semalam selepas Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin mencadangkan rundingan perniagaan baharu di antara kuasa besar ekonomi itu untuk mengelak perang perniagaan besar-besaran.

Rundingan mungkin menangkis kos yang meningkat untuk firma Amerika, walaupun kedua-dua pihak gagal mencapai satu perjanjian mengenai beberapa rundingan pada musim bunga dan musim panas.

Perbalahan perdagangan sedang menjejas keputusan pelaburan kerana pelabur memerlukan kestabilan untuk membuat keputusan yang bijak, kata Beebe. Kira-kira satu pertiga daripada firma sedang memindah rangkaian bekalan keluar dari China, atau AS, dan jumlah yang sama sedang menangguhkan atau membatalkan keputusan pelaburan, menurut tinjauan tersebut. – AFP