Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat berganding bahu hulur sumbangan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 9 DIS – Sebagai persediaan bagi pembukaan penggal persekolahan seluruh negara serta tahun akademik baharu, syarikat-syarikat di Daerah Belait telah berganding bahu untuk menyumbangkan pelbagai peralatan kepada sebuah sekolah yang terletak kawasan pedalaman.

    Antara syarikat yang terlibat dalam usaha untuk menyediakan bantuan kepada sekolah-sekolah yang terletak jauh di pedalaman serta untuk memastikan ke-selamatan kesihatan para pelajar, guru dan kakitangan mereka, adalah JCWE Sdn Bhd dan Brotherhood Seafood Restaurant.

    Sumbangan berupa dua buah termometer tripod, 2,500 keping pelitup muka kanak-kanak, dan dua mesin sanitasi mudah alih berserta lima gelen kimia sanitasi, telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JCWE Sdn Bhd, Johnny Cheong dan pemilik Brotherhood Seafood Restaurant, David Chan.

    Di samping itu, rakan perwakilan syarikat berkenaan, Jeffery Chung juga menyumbangkan tambahan 1,000 pelitup muka kanak-kanak kepada sekolah berkenaan semasa kunjungan kumpulan tersebut. Kumpulan berkenaan berharap sumbangan tersebut akan membantu memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar dan guru yang akan kembali ke sekolah nanti.

    Gambar menunjukkan antara sumbangan yang telah disampaikan oleh wakil-wakil syarikat berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda