Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Syarikat buang merata-rata dikenakan kompaun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) telah mengeluarkan denda kompaun berjumlah $500 ke atas sebuah syarikat tempatan di Daerah Belait di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Bab 30 Seksyen 12.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBKBS, Syarikat United Advertising didapati telah melupuskan kepingan kayu dan bahan yang tidak diingini di sepanjang jalan awam yang terletak di X-17, Jalan Maulana, Kuala Belait.

    Ini menyebabkan denda kompaun dikeluarkan di bawah Bab 30 Seksyen 12 (1)(f)(ii) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, dan syarikat itu diberi masa tujuh hari untuk menyelesaikan denda tersebut , dan jika gagal untuk berbuat demikian akan menyebabkan kes itu untuk dihadapkan ke mahkamah.

    Jika didapati bersalah, akan dikenakan denda $1,000 atau penjara sebulan; manakala kesalahan berikutnya akan dikenakan denda $3,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan.
    Dalam pada masa yang sama, pihak Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria turut mengingatkan orang ramai dan pemilik perniagaan supaya menjaga kebersihan persekitaran.

    Di samping itu, Bahagian Penguatkuasaan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria juga sentiasa menjalankan rondaan bagi memastikan sampah dibuang di kawasan yang ditetapkan, dan akan mengeluarkan denda kompaun kepada mereka yang membuang sampah, khususnya bagi orang awam yang membuang sampah di pusat tong sampah yang ditetapkan untuk digunakan oleh pemilik perniagaan di bangunan komersial seperti di Pasarneka Kuala Belait atau Gerai Bunga Simpur.

    Bagi sebarang aduan boleh dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian hotline 3330789 atau 3330780 dan menggunakan sambungan 215.

    Sebuah syarikat tempatan telah didenda $500 kerana melupuskan kepingan kayu dan bahan yang tidak diingini di sepanjang jalan awam. – Gambar serahan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...