Syarikat diarah kemas kini data

BEIJING, 19 DIS – Syarikat teknologi Cina termasuk gergasi media sosial Tencent telah diperintahkan oleh pengawal selia untuk mengemas kini semula bagaimana aplikasi mereka mengendalikan maklumat pengguna atau berdepan dengan penalti jika tidak berbuat demikian.

Kementerian perindustrian China hari ini berkata bahawa 41 aplikasi gagal melakukan pemeriksaan berikutan dengan perintah untuk memastikan mereka mematuhi peraturan data pengguna.

Pengendali dipetik sebagai berkata bahawa aplikasi itu termasuk media sosial dan perkhidmatan berita utama seperti aplikasi pesanan Tencent QQ, Sina Sports, Sohu News dan Xiaomi Finance.

Kementerian itu juga berkata bahawa pelanggaran termasuk memasukkan atau menggunakan maklumat yang tidak tepat mengenai pelawat yang memasuki perkhidmatan mereka. Pihak berkuasa China menggalakkan penggunaan Internet dan media sosial tetapi menggesa untuk mengetatkan kawalan dengan penapisan yang tepat mengenai maklumat yang dikumpulkan.

Kementerian itu berkata mana-mana syarikat perlu melakukan pemeriksaan dan pengemaskinian sebelum 31 Disember atau perlu melalukan kerja-kerja pengemaskini-n yang sepatutnya. Peraturan perlindungan data mengatakan kemungkinan penalti termasuk denda dan kehilangan lesen operasi. – AP