Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Syarikat didenda tinggalkan bahan binaan di tempat awam

    BELAIT, 28 APRIL – Bahagian Penguakuasaan Jabatan Daerah Belait telah mengeluarkan kompaun sebanyak $200 ke atas sebuah syarikat kerana melonggokkan sisa bahan binaan di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Belait, syarikat tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil penggal 30 Bab 12 (1) (d) yang mana telah meninggalkan dan melonggokkan bahan binaan tanpa kebenaran secara sembara-ngan di tempat awam.

    Kompaun tersebut dikeluarkan sewaktu pegawai-pegawai bahagian penguatkuasaan membuat rondaan dan pemantauan di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait pada 26 April lalu.

    Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, maka syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak $1,000 bagi kesalahan kali pertama manakala itu, denda $3,000 serta penjara tidak melebihi tiga bulan bagi kesalahan
    seterusnya.

    Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan menyeru semua syarikat dan individu supaya tidak membuang sampah atau bahan binaan di merata-rata tempat atau di tempat yang bukan dikhaskan kerana menjaga kebersihan sesuatu kawasan adalah penting bagi menjaga kesihatan, keselamatan dan keselesaan bersama.

    Sisa bahan binaan yang ditinggalkan di tempat awam oleh syarikat berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...