Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Sebuah syarikat di Daerah Tutong telah dikenakan kompaun $200 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong, hari ini, setelah didapati melonggokkan sampah di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong, An Jaya Putera Enterprise di Kampung Keriam didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikannya.

    Jika gagal membayar, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama, manakala itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Longgokan sampah di tempat awam telah dikesan oleh penguat kuasa Jabatan Daerah Tutong. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...