Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Sebuah Syarikat dikenakan kompaun setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30 Bab 12 (1) (b) semasa pemantauan rutin yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.
Syarikat pembinaan itu dikenakan denda sebanyak $200 setelah didapati meletakkan, melonggokkan, meninggalkan dan membuang sampah seperti bekas bahan perniagaan dan bekas bahan binaan pembuangan sampah secara tidak teratur di laluan awam Bangunan Komersial Kampung Madang.
Dalam kes tersebut, syarikat berkenaan dikehendaki membayar kompaun ke Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dalam tempoh tujuh hari.
Jika gagal membuat pembayaran akan mengakibatkan kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah.
