Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Syarikat dikompaun, longgokkan kotak kosong

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 2 MAC – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) telah mengeluarkan denda kompaun $200 ke atas sebuah syarikat di Kuala Belait, hari ini, atas kesalahan melonggokkan kotak-kotak kosong di belakang premis, di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Bab 12 (1) (a).

    JBKBS dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa syarikat itu diberikan tempoh selama tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan dan jika didapati gagal boleh didakwa di mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh didenda sejumlah $1,000 bagi kesalahan pertama, dan kesalahan seterusnya denda sebanyak $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Sehubungan itu, JBKBS mengingatkan orang ramai dan syarikat-syarikat supaya membuang sampah di tempat-tempat yang disediakan dan tidak meninggalkan sebarang jenis sampah di tempat-tempat awam bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

    Bahagian penguatkuasaan jabatan berkenaan juga akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan serta akan mengenakan denda kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang membuang sampah di tempat awam, termasuk membuang sampah di tempat pusat pembuangan sampah yang hanya dikhaskan untuk penyewa, peniaga atau penjaja di bangunan komersil kerajaan seperti Bangunan Pasarneka Kuala Belait dan Gerai Bunga Simpur.

    Untuk sebarang aduan mengenai pembuangan sampah di tempat-tempat awam di kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JBKBS di talian 3330789 atau 3330781 sambungan 215.

    Longgokkan kotak-kotak kosong yang dijumpai oleh pihak berkuasa di kawasan premis syarikat berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Bandaran
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...