Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda $3,200 terhadap sebuah syarikat yang gagal mengemukakan cukai pendapatan tahunannya kepada Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan.
Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan denda itu selepas pengarah Syarikat Maryana Sdn Bhd mengaku bersalah atas empat tuduhan kerana gagal untuk mengemukakan cukai pendapatan yang berakhir pada 31 Disember 2012, 2013, 2014 dan 2015.