Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Syarikat gergasi JD.com catat pertumbuhan paling perlahan

    BEIJING, 23 OGOS – Gergasi e-dagang China, JD.com, melaporkan pertumbuhan hasil paling perlahan setakat ini pada suku kedua, kata syarikat itu iaitu yang terbaru dalam siri angka suram apabila pertumbuhan ekonomi China semakin perlahan.

    Laporan JD.com diterbitkan sejurus selepas gergasi teknologi Tencent melaporkan kejatuhan pertama dalam pendapatan suku tahun sejak diumumkan di samping pemotongan pekerjaan, manakala Alibaba menyaksikan pertumbuhan pendapatan suku tahunan mendatar buat kali pertama.

    Syarikat teknologi China bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi, sekatan COVID yang menyebabkan pengguna gelisah serta pengawasan yang lebih tinggi daripada pengawal selia dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    JD.com mencatatkan pertumbuhan pendapatan 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini, kata syarikat itu iaitu yang terendah sejak ia diumumkan pada tahun 2014. Dalam tempoh April hingga Jun, jualan mencapai AS$40 bilion, manakala syarikat itu melaporkan keuntungan 4.4 bilion yuan selepas kerugian tiga suku berturut-turut.

    Banyak wilayah bahagian di China menghadapi sekatan COVID dalam beberapa bulan kebelakangan ini sekaligus mengganggu aktiviti perniagaan dan menambah kebimbangan pengguna ketika negara itu cuba menghapuskan penyebaran varian Omicron di bawah dasar sifar COVID yang ketat.

    JD.com tersenarai di Nasdaq di New York pada tahun 2014 dan membuat penampilan sulungnya di Hong Kong pada tahun 2020. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...